Saturday, May 28, 2011

caramel


resepi nanti taip kemudian yer...

kek prune kukus




KEK PRUNE KUKUS....

Bahan-bahan:
250gm butter
2 cwn tepung naik sendiri
1 cwn gula caster
1/4 tin besar susu pekat manis
5 biji telur
20 biji buah prunes, diblend halus dgn 100ml air (guna Sunsweet pitted prunes)
5 biji buah prunes, dihiris kasar

Cara-cara:
1. Didihkan air dalam pengukus.
2. Putar butter, gula halus dan susu pekat hingga sebati.
3. Masukkan telur satu per satu.
4. Masukkan prunes yg dikisar halus.
5. Kaup balikkan tepung. Jangan terlebih putar.
6. Masukkan prunes yg dihiris kasar.
7. Gris loyang dengan sedikit butter dan alaskan dengan kertas greaseproof.
8. Tuangkan adunan dan letak beberapa biji prunes di atas adunan sebagai
hiasan.
9. Kukus selama 1 1/2jam.
** Balut tutup pengukus dengan kain supaya air tidak menitis ke atas kek.
10. Biarkan kek sejuk seketika sebelum dipotong.

ketupat sotong (manis)



Bahan-bahan ( 5 orang makan )

* 10 ekor sotong segar-sederhana besar-bersihkan
* Beras pulut-angaran. basuh & toskan.
* 2 kerek Ni'san/gula melaka (biasa kalau guna gula Melaka warna sedikit cerah)(rasa la manis ke tak)
* santan dari satu biji kelapa
* Sedikit Garam
* Daun pandan 2/3 helai
* pengcukil gigi/lidi

Cara-cara

1. Bersihkan sotong. Masukkan beras pulut yang telah dibersihkan hingga padat kedalam sotong yang telah dibersihkan.
2. Kepala Sotong disematkan kebadan sotong dengan pencungkil gigi agar pulut tidak terkeluar.
3. Susun kedalam periuk, dan masukkan santan dan simpulan daun pandan, gula melaka/Ni'san,Garam sambil dikacau sehingga mendidih.
4. Rasalah manis dan lemaknya. Angaran pulut masak adalah seperti kita memasak nasi.

Monday, March 28, 2011

ayam pakpek



Ayam masak pakpek(adik beradik paprik la ni. (tak suka ayam blh ganti ngan daging or seafood)..

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

* Bahan A (Blend)
* 5 biji cili padi
* 2 hiris halia
* kunyit hidup
* 1 atau 2 batang serai
* 5 ulas bawang putih
* 1 biji bawang besar
* Bahan B
* 3 keping ayam mentah dipotong dadu
* 1 batang serai
* 1 asam keping
* 4 helai daun limau purut
* sedikit Garam dan Gula, secubit ajinomoto

Cara-cara

1. Kisar@Blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. setelah kering tumisan tadi.. masukkan secawan air.
2. Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.
3. Pastikan ayam masak sepenuhnya... Jika kurang berkuah.. masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri.. kalau nak pedas lagi... blend cili padi lebih... masak ayam phat phet ni lebih kurang nak masak ayam masak pedas je... boleh tmbh kacang panjang jika suka...