Monday, March 28, 2011

ayam pakpek



Ayam masak pakpek(adik beradik paprik la ni. (tak suka ayam blh ganti ngan daging or seafood)..

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

* Bahan A (Blend)
* 5 biji cili padi
* 2 hiris halia
* kunyit hidup
* 1 atau 2 batang serai
* 5 ulas bawang putih
* 1 biji bawang besar
* Bahan B
* 3 keping ayam mentah dipotong dadu
* 1 batang serai
* 1 asam keping
* 4 helai daun limau purut
* sedikit Garam dan Gula, secubit ajinomoto

Cara-cara

1. Kisar@Blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. setelah kering tumisan tadi.. masukkan secawan air.
2. Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.
3. Pastikan ayam masak sepenuhnya... Jika kurang berkuah.. masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri.. kalau nak pedas lagi... blend cili padi lebih... masak ayam phat phet ni lebih kurang nak masak ayam masak pedas je... boleh tmbh kacang panjang jika suka...

No comments:

Post a Comment